Assalamualaikum.
Walaupun dah nak masuk bulan Februari 2016...rasanya masih tak terlambat untuk saya kongsi azam tahun 2016 dengan korang dalam posting saya kali ni. Korang nak baca ke tak..terpulanglah...sebagai tuan punya @ tuan tanah blog ni...sukahati sayalah kan....ada mokcik kisah
Sebelum tu saya nak share sikit antara kejadian yang telah terjadi pada diri saya pada tahun 2015 lepas. Seminggu sebelum bulan Ramadhan tahun 2015 saya jatuh kat dapur sebab gelap mata. Masa tu konon2nya nak masak asam pedas ikan pari. Abang Aji gi keje. Anak2 yang dok rumah semua ada kat madrasah. Jadi sementara tunggu masa nak gi ambik anak2 balik dari madrasah dan Abang Aji yang kata nak balik makan tengahari kat rumah..saya pun menyibukkan diri memasak kat dapur. Tetiba rasa gelap mata dan saya pun jatuh...Alhamdullillah tak terhentak kepala kat mana2. Tapi masa jatuh tu kedua belah lutut saya yang pernah melalui pembedahan kecil pada tahun 2010 terhentak kat lantai . Allahuakhbar! Sakitnya Allah saja yang tahu. Nak jadikan cerita lepas jatuh tu saya cuba sedayaupaya untuk bangun sendiri. Dengan izin Allah walaupun dalam keadaan sakit yang amat sangat saya berjaya bangun dan berjalan perlahan2 ke ruang tamu keluarga dari ruang dapur tempat saya jatuh tu. Dapatlah saya telefon Abang Aji yang memang dalam perjalanan pulang ke ruamh. Sebaik saja sampai kerumah Abang Aji terus menghantar saya ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (Wad Kecemasan). Kat sana baru saya diberitahu bahawa saya telah kena mild stroke (serangan angin ahmar tahap permulaan). Innalillahiwainnnailahirrajiun. Alhamdullillah Allah masih bagi saya peluang untuk terus bernafas. Dan masih boleh bergerak. Asbab apa yang terjadi pada saya masa tu mulut saya sebelah kiri 'jatuh' (senget sebelah) dan pertuturan saya menjadi tidak jelas. Ianya satu pengalaman yang sangat menakutkan sebenarnya.
Masa tu saya ingat masa saya dah sampai. Bila2 masa saya akan dijemput pulang menemui Allah SWT. Ianya membuat saya sedar mengenai macam2 benda...terutamanya amal ibadat saya dah cukup ke untuk dijadikan bekal 'kehidupan' kat 'dunia' yang kekal abadi nanti?
Semenjak tu saya semakin peka dengan semua benda di sekitar saya. Doktor nasihatkan saya supaya jaga kesihatan saya. Dengan keadaan saya yang tak dapat bertutur dengan jelas seperti sdiakala, doktor nasihatkan saya supaya menjalani terapi pertuturan kat hospital. Tapi saranan doktor tu saya tak ikut. Sebaliknya saya buat sesi terapi pertuturan sendiri kat rumah sahaja...macamana?
1. Saya banyakkan membaca Quran. Saya baru saja khatam Quran pada 20/1/2016 yang lepas.
2. Saya banyakkan zikrullah.
3. Saya baca hadis2 dari Kitab Muntakhab Ahadith kuat2 semasa taaleem harian dengan ahli2 keluarga saya kat rumah. Walaupun mula2nya memang sangat2 sukar sehinggakan anak2 kata mereka tak faham apa yang saya bacakan...tapi saya teruskan jugak.
Alhamdullillah sebelum Hari Raya Puasa tahun2015 semuanya kembali seperti biasa. Saya memang tak sekuat/segagah dulu tapi saya dah boleh memandu macam biasa..Alhamdullillah.
Alhamdullilah berkat doa dan dorongan dan kasihsayang Abang Aji dan semua anak2 menantu2 dan cucu2 juga kawan2 saya...saya masih dapat teruskan kehidupan seperti biasa. Dan yang pasti semua ni adalah kehendak dan perancangan Allah SWT buat saya. Setiap saat yang saya lalui saya belajar untuk menghargainya. Alhamdullillah. Alhamdullillah. Alhamdullillah.
OK sekarang saya nak cerita tentang azam 2016 saya pula. Kena cerita dulu apa yang terjadi dalam hidup saya pada 2015 barulah korang akan faham tentang azam 2016 saya ni.
Azam 1 2016
Tingkatkan amal ibadat saya. Bagaimana?
1. Setiap kali lepas solat fardhu saya WAJIBkan diri saya baca 2 mukasurat AlQuran sekali dengan tadabburnya (terjemahannya).
2. Setiap hari sebelum waktu Maghrib saya khatam 1 hizb dari Kitab Selawat Makiyyah (Kitab Selawat ke atas Nabi SAW)
3. Jaga zikrullah saya .WAJIB berzikir paling kurang 1000 kali sehari
4. Jaga solat2 sunat saya. Tahajjud, Taubat, Isyraq, Dhuha, Witir dll.
5. Banyakkan bersedekah. Saya tubuhkan satu grup yang saya namakan grup LetzSedekah Pulun Pahala. Grup ni terdiri dari kawan2 saya yang datang dari pelbagai lapisan masyarakat yang sama2 menyumbang untuk membantu mereka yang memerlukan. Insya allah satu masa nanti saya kan kongsi tentang grup ni dalam posting kat blog saya ni.
6. Setiap hari lepas solat Subuh dan solat Maghrib, saya wajibkan diri saya membaca surah Yaseen dan hadiahkan pada alamarhumah mak saya dan almarhum ayah saya dan juga ibubapa mertua saya yang juga telah tiada. Juga kepada almarhumah kedua dua ninda saya dan suami masing2. Juga saya hadiahkan pada semua ibubapa saudara saya yang telah tiada. Sepupu2 saya yang telah Allah jemput kembali padaNya. Kpeada mak angkat saya, almarhumah Mok Imah dan sahabat2 saya Kak Jah dan Kak Awalaih yang juga telah dipanggil pulang kepadaNya. Dan saya niat hadiahkan juga kepada semua saudara muslimin dan muslimat saya yang tela meninggal dunia walau dimanapun mereka dikebumikan. Semoga Allah ampunkan segala dosa mereka, terima taubat mereka, lapangkan kubur mereka, terangi kubur mereka dengan cahaya dan menjauhkan mereka dari seksaan kubur dan seksaan api nerakaNya dan menempatkan mereka semua di Syurga FirdausNya. Amin
Azam 2 2016
Saya kena jaga kesihatan saya. Supaya saya dapat terus berkhidmat kepada suami saya, anak2 saya dan ahli keluarga saya yang lain. Dan supaya saya dapat terus buat kerja dakwah Nabi SAW insya allah. Bagaimana nak jaga kesihatan tu?
1. Saya wajibkan diri saya kayuh basikal senaman saya 15 minit setiap pagi. memang sangat2 susah untuk orang yang sakit lutut macam saya tapi kalau saya duduk saja tak buat senaman apa2 lagilah teruk jadinya.
2. Saya wajibkan diri saya masuk sauna selama 15 minit setiap pagi lepas kayuh basikal senaman saya. Sauna ni buat saya berpeluh bagai nak rak. Alhamdullillah. Kalau korang nak tau apa kelebihan bersauna korang gi lah google sendiri...tak kuasa saya nak tulis panjang lebar kat sini.
3. Saya wajibkan diri saya minum sekurang2nya 2 liter air kosong setiap ari. Untuk orang yang dah melebihi 50 tahun, bila dah togok air banyak2...memanglah kerap ke bilik air....tapi insya allah..untuk kebaikan kesihatan apa salahnya kan? Keluar masuk bilik air pun senaman gak.
4. Saya ambil multi vitamins supplements. Dah tua2 ni memang kena ambiklah multi vitamins ni. Sebab badan dah banyak kekurangan vitamin. Saya takmo sebut apa jenis multivitamins yang saya ambik sekarang. pepandai koranglah ya
5. Berbekam sebulan sekali. Yang ni Abang Aji sangat ambik berat. Sebab berbekam ni amalan dan jugak sunnah Nabi SAW. Abang Aji sendiri suka berbekam. Dan lepas saya sendiri berbekam, saya memang dapat rasakan kelebihannya. Alhamdullillah.
Gambar hiasan je ni. Itu bukan Abang Aji ya
6. Jaga pengambilan ubat darah tinggi saya setiap hari dan check ukuran darah tinggi saya setiap hari. Yang ni ikut pesanan doktor yang merawat saya masa saya kena mild stroke tu.
Azam 3 2016
Hidupkan semula beberapa hobi saya.
1. Menulis kat blog saya ni semula. Insya allah akan teruskan
2. Berkebun semula. Semenjak saya kena mild stroke tahun lepas kebanyakan pokok2 bunga saya pun dah syahid. sebab anak2 tak tolong jaga. Jadi nilah salah satu azam tahun 2016 saya. Nak bela pokok2 kat kebun kecil saya semula. Kali ni nak banyak tanam pokok orkid insya allah.
3. Dalam pada tak sihat pun pada Oktober 2015 saya telah memulakan bisnes bakeri kecil2an dengan kerjasama seorang kawan saya dan juga bantuan kedua orang anak bongsu saya Amin dan Yaya. Sambutan sangat menggalakkan. Tak lama lepas tu pada bulan Disember tahun lepas, Allah temukan kami dengan satu lagi bisnes yang saya suka....produk Taybah...produk 100% buatan orang Islam. Insya allah satu hari nanti saya akan buat posting tentang kedua dua bisnes saya ini.
Bisnes bukan sebab nak kaya (tapi kalau Allah bagi kaya...Alhamdullillah...boleh saya bantu lebih ramai orang lagi insya allah). Niat bisnes untuk laksanakan tanggungjawab fardhu kifayah membekalkan produk2 halal taybah kepada masyarakat Islam. Dan juga untuk anak2 bongsu saya berniaga ikut sunnah Nabi SAW untuk memenuhi keperluan hidup insya allah
Ok lah panjang dah posting saya kali ni. Dah tengahmalam dah ni. Esok banyak benda nak uruskan insya allah.
Kengkawan tolong doakan semoga Allah beri saya kesihatan yang baik ya? Semoga Allah limpahkan rahmat taufiq dan hidayat untuk kita semua insya allah. Take care uols.