TEKS : Kasturi Puteh
GAMBAR : Google
Bila dah masuk usia wargaemas ni, entah mengapa, saya selalu terkenangkan almarhumah dan almarhum mak dan ayah saya. Ada masa-masanya, mungkin sebab terlalu merindui mereka, saya akan memandu ke kawasan perumahan tempat tinggal kami sekeluarga di Bandar Tun Razak, Cheras dan menyusuri lorong dimana terletaknya rumah lama kami dahulu...rumah yang telah ayah saya jual sebaik saja beliau pencen dan berpindah balik ke kampung.
Kalaulah masa boleh diundurkan ke belakang semula dan saya boleh kembali kepada waktu semasa saya masih remaja...dan semasa mak dan ayah saya masih ada, banyak perkara yang ingin saya ubah dan betulkan. Yang paling saya sesalkan ialah sikap degil saya yang sering menimbulkan kemarahan mak dan ayah saya. Entah berapa banyak airmata mak dan ayah saya telah tumpah kerana sedih dengan kerenah saya. Astaghfirullahalaazim.
Tapi, masa yang lepas, walau pun sedetik, tidak mungkin akan kembali lagi. Biar pun sebanyak mana rasa sesal berbuku dalam hati, biar sepekat mana pun airmata darah yang mengalir keluar membasahi pipi...apa yang telah berlaku, tak akan dapat diubah dan dibetulkan lagi. Yang tinggal, hanyalah...kenangan....
Dan sekarang, apabila anak-anak saya menunjukkan 'kedegilan' mereka kepada saya, dan bila airmata saya menitis kerana sedih dengan kedegilan mereka itu, makin bertambah kerinduan saya pada almarhumah dan almarhum mak dan ayah saya. Begini rupanya perasaan sedih mereka suatu ketika dulu apabila saya menunjukkan kedegilan saya kepada mereka. Astaghfirullahalaazim.
Maaakkk...Ayaaahhh...
Ampunkanlah Kak Long...
Banyak dosa Kak Long kat Mak dan Ayah...
Walaupun Mak dan Ayah dah sebut berkali-kali yang Mak dan Ayah dah ampunkan semua dosa Kak Long...tapi Kak Long tetap rasa sangat sangat berdosa kat Mak dan Ayah...
Dulu...
Kak Long tak faham...
Tapi sekarang...
Bila anak-anak pula melakukan perkara yang sama kat Kak Long...
Bila hati dan perasaan Kak Long terluka dengan sikap mereka pada Kak Long...
Baru Kak Long faham...faham sangat-sangat...
Betapa selama ini Kak Long telah banyak melukan hati dan perasaan Mak dan Ayah dengan sikap Kak Long...
Ya Allah! Peliharalah Mak dan Ayah ku di 'sana'. KAU ampunkanlah segala dosa mereka, lapangkanlah kubur mereka, terangilah ia dengan cahaya. Jauhkanlah mereka dari seksaan kubur dan seksaan api neraka MU wahai Allah dan tempatkanlah roh mereka bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Amin ya Rabbal alamin.
No comments:
Post a Comment