Bila jari jemari mulai 'menari'...

Segala yang tersirat di dalam hati, biarlah bertinta di sini.
Yang baik, dijadikan amalan.
Yang buruk, dijadikan sempadan.
Insya Allah.

Monday 8 August 2016

Surprise!!!!!

Hehehe...I kembali semula insya allah.

Ok ok...memang janjinya nak update blog ni selalu but well..kita hanya mampu merancang, yang menentukan segalanya hanyalah Allah jua. Setidak tidaknya saya masih 'sudi' lagi nak menulis kat blog saya ni kan?


Tiap tiap hari saya ingat nak update blog saya ni dengan macam macam cerita, tapi bila dah bukak laptop ni...entah ke manalag perginya idea dan cerita cerita tu semua.



Semenjak awal Ramadhan lagi Abang Aji dah tinggalkan saya. Tinggalkan? Ha ah betul tu. Abang Aji tinggalkan saya...untuk bersama jemaah tabligh keluar buat kerja dakwah Nabi SAW. Khuruj fisabilillah selama 4 bulan. Keluar buat dakwah  di India Pakistan dan Bangladesh. Kami laki bini nikan macam belangkas, jarang berpisah lama. Lepas Abang Aji pergi, tiap tiap malam saya menangis, merindui suami saya. Macam pungguk rindukan bulan.

Image result for image pungguk rindukan bulan

Jenuh anak2 dan kawan2 memujuk dan memberi nasihat....hati dan perasaan saya susah nak dipujuk. Sehingga...........

Nanti sambung ya insya allah. Tungguuuuuuuuu.......

Image result for image sabar itu indah

Saturday 30 January 2016

KISAH SAYA PADA 2015 DAN AZAM 2016 SAYA

Assalamualaikum.

Walaupun dah nak masuk bulan Februari 2016...rasanya masih tak terlambat untuk saya kongsi azam tahun 2016 dengan korang dalam posting saya kali ni. Korang nak baca ke tak..terpulanglah...sebagai tuan punya @ tuan tanah blog ni...sukahati sayalah kan....ada mokcik kisah

Sebelum tu saya nak share sikit antara kejadian yang telah terjadi pada diri saya pada tahun 2015 lepas. Seminggu sebelum bulan Ramadhan tahun 2015 saya jatuh kat dapur sebab gelap mata. Masa tu konon2nya nak masak asam pedas ikan pari. Abang Aji gi keje. Anak2 yang dok rumah semua ada kat madrasah. Jadi sementara tunggu masa nak gi ambik anak2 balik dari madrasah dan Abang Aji yang kata nak balik makan tengahari kat rumah..saya pun menyibukkan diri memasak kat dapur. Tetiba rasa gelap mata dan saya pun jatuh...Alhamdullillah tak terhentak kepala kat mana2. Tapi masa jatuh tu kedua belah lutut saya yang pernah melalui pembedahan kecil pada tahun 2010 terhentak kat lantai . Allahuakhbar! Sakitnya Allah saja yang tahu. Nak jadikan cerita lepas jatuh tu saya cuba sedayaupaya untuk bangun sendiri. Dengan izin Allah walaupun dalam keadaan sakit yang amat sangat saya berjaya bangun dan berjalan perlahan2 ke ruang tamu keluarga dari ruang dapur tempat saya jatuh tu. Dapatlah saya telefon Abang Aji yang memang dalam perjalanan pulang ke ruamh. Sebaik saja sampai kerumah Abang Aji terus menghantar saya ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (Wad Kecemasan). Kat sana baru saya diberitahu bahawa saya telah kena mild stroke (serangan angin ahmar tahap permulaan). Innalillahiwainnnailahirrajiun. Alhamdullillah Allah masih bagi saya peluang untuk terus bernafas. Dan masih boleh bergerak. Asbab apa yang terjadi pada saya masa tu mulut saya sebelah kiri 'jatuh' (senget sebelah) dan pertuturan saya menjadi tidak jelas. Ianya satu pengalaman yang sangat menakutkan sebenarnya.
Image result for image of alhamdulillah
Masa tu saya ingat masa saya dah sampai. Bila2 masa saya akan dijemput pulang menemui Allah SWT. Ianya membuat saya sedar mengenai macam2 benda...terutamanya amal ibadat saya dah cukup ke untuk dijadikan bekal 'kehidupan' kat 'dunia' yang kekal abadi nanti?
Semenjak tu saya semakin peka dengan semua benda di sekitar saya. Doktor nasihatkan saya supaya jaga kesihatan saya. Dengan keadaan saya yang tak dapat bertutur dengan jelas seperti sdiakala, doktor nasihatkan saya supaya menjalani terapi pertuturan kat hospital. Tapi saranan doktor tu saya tak ikut. Sebaliknya saya buat sesi terapi pertuturan sendiri kat rumah sahaja...macamana?
1. Saya banyakkan membaca Quran. Saya baru saja khatam Quran pada 20/1/2016 yang lepas.
2. Saya banyakkan zikrullah.
3. Saya baca hadis2 dari Kitab Muntakhab Ahadith kuat2 semasa taaleem harian dengan ahli2 keluarga saya kat rumah. Walaupun mula2nya memang sangat2 sukar sehinggakan anak2 kata mereka tak faham apa yang saya bacakan...tapi saya teruskan jugak.
Alhamdullillah sebelum Hari Raya Puasa tahun2015 semuanya kembali seperti biasa. Saya memang tak sekuat/segagah dulu tapi saya dah boleh memandu macam biasa..Alhamdullillah.
Illustration of a Little Muslim Girl Reading the Quran - stock vector
Alhamdullilah berkat doa dan dorongan dan kasihsayang Abang Aji dan semua anak2 menantu2 dan cucu2 juga kawan2 saya...saya masih dapat teruskan kehidupan seperti biasa. Dan yang pasti semua ni adalah kehendak dan perancangan Allah SWT buat saya. Setiap saat yang saya lalui saya belajar untuk menghargainya. Alhamdullillah. Alhamdullillah. Alhamdullillah.
OK sekarang saya nak cerita tentang azam 2016 saya pula. Kena cerita dulu apa yang terjadi dalam hidup saya pada 2015 barulah korang akan faham tentang azam 2016 saya ni.
Image result for images of goodbye 2015 welcome 2016

Azam 1 2016

Tingkatkan amal ibadat saya. Bagaimana?
1. Setiap kali lepas solat fardhu saya WAJIBkan diri saya baca 2 mukasurat AlQuran sekali dengan tadabburnya (terjemahannya).
2. Setiap hari sebelum waktu Maghrib saya khatam 1 hizb dari Kitab Selawat Makiyyah (Kitab Selawat ke atas Nabi SAW)
3. Jaga zikrullah saya .WAJIB berzikir paling kurang 1000 kali sehari
4. Jaga solat2 sunat saya. Tahajjud, Taubat, Isyraq, Dhuha, Witir dll.
5. Banyakkan bersedekah. Saya tubuhkan satu grup yang saya namakan grup LetzSedekah Pulun Pahala. Grup ni terdiri dari kawan2 saya yang datang dari pelbagai lapisan masyarakat yang sama2 menyumbang untuk membantu mereka yang memerlukan. Insya allah satu masa nanti saya kan kongsi tentang grup ni dalam posting kat blog saya ni.
6. Setiap hari lepas solat Subuh dan solat Maghrib, saya wajibkan diri saya membaca surah Yaseen dan hadiahkan pada alamarhumah mak saya dan almarhum ayah saya dan juga ibubapa mertua saya yang juga telah tiada. Juga kepada almarhumah kedua dua ninda saya dan suami masing2. Juga saya hadiahkan pada semua ibubapa saudara saya yang telah tiada. Sepupu2 saya yang telah Allah jemput kembali padaNya. Kpeada mak angkat saya, almarhumah Mok Imah dan sahabat2 saya Kak Jah dan Kak Awalaih yang juga telah dipanggil pulang kepadaNya. Dan saya niat hadiahkan juga kepada semua saudara muslimin dan muslimat saya yang tela meninggal dunia walau dimanapun mereka dikebumikan. Semoga Allah ampunkan segala dosa mereka, terima taubat mereka, lapangkan kubur mereka, terangi kubur mereka dengan cahaya dan menjauhkan mereka dari seksaan kubur dan seksaan api nerakaNya dan menempatkan mereka semua di Syurga FirdausNya. Amin

Azam 2 2016

Saya kena jaga kesihatan saya. Supaya saya dapat terus berkhidmat kepada suami saya, anak2 saya dan ahli keluarga saya yang lain. Dan supaya saya dapat terus buat kerja dakwah Nabi SAW insya allah. Bagaimana nak jaga kesihatan tu?
1. Saya wajibkan diri saya kayuh basikal senaman saya 15 minit setiap pagi. memang sangat2 susah untuk orang yang sakit lutut macam saya tapi kalau saya duduk saja tak buat senaman apa2 lagilah teruk jadinya.
Body Rider Fan Bike

2. Saya wajibkan diri saya masuk sauna selama 15 minit setiap pagi lepas kayuh basikal senaman saya. Sauna ni buat saya berpeluh bagai nak rak. Alhamdullillah. Kalau korang nak tau apa kelebihan bersauna korang gi lah google sendiri...tak kuasa saya nak tulis panjang lebar kat sini.
3. Saya wajibkan diri saya minum sekurang2nya 2 liter air kosong setiap ari. Untuk orang yang dah melebihi 50 tahun, bila dah togok air banyak2...memanglah kerap ke bilik air....tapi insya allah..untuk kebaikan kesihatan apa salahnya kan? Keluar masuk bilik air pun senaman gak.
4. Saya ambil multi vitamins supplements. Dah tua2 ni memang kena ambiklah multi vitamins ni. Sebab badan dah banyak kekurangan vitamin. Saya takmo sebut apa jenis multivitamins yang saya ambik sekarang. pepandai koranglah ya
pills and multivitamins on a dark background, closeup - stock photo
5. Berbekam sebulan sekali. Yang ni Abang Aji sangat ambik berat. Sebab berbekam ni amalan dan jugak sunnah Nabi SAW. Abang Aji sendiri suka berbekam. Dan lepas saya sendiri berbekam, saya memang dapat rasakan kelebihannya. Alhamdullillah.
Image result for pictures of berbekam
Gambar hiasan je ni. Itu bukan Abang Aji ya

6. Jaga pengambilan ubat darah tinggi saya setiap hari dan check ukuran darah tinggi saya setiap hari. Yang ni ikut pesanan doktor yang merawat saya masa saya kena mild stroke tu.

Azam 3 2016

Hidupkan semula beberapa hobi saya.
1. Menulis kat blog saya ni semula. Insya allah akan teruskan
2. Berkebun semula. Semenjak saya kena mild stroke tahun lepas kebanyakan pokok2 bunga saya pun dah syahid. sebab anak2 tak tolong jaga. Jadi nilah salah satu azam tahun 2016 saya. Nak bela pokok2 kat kebun kecil saya semula. Kali ni nak banyak tanam pokok orkid insya allah.
3. Dalam pada tak sihat pun pada Oktober 2015 saya telah memulakan bisnes bakeri kecil2an dengan kerjasama seorang kawan saya dan juga bantuan kedua orang anak bongsu saya Amin dan Yaya. Sambutan sangat menggalakkan. Tak lama lepas tu pada bulan Disember tahun lepas, Allah temukan kami dengan satu lagi bisnes yang saya suka....produk Taybah...produk 100% buatan orang Islam. Insya allah satu hari nanti saya akan buat posting tentang kedua dua bisnes saya ini.
Bisnes bukan sebab nak kaya (tapi kalau Allah bagi kaya...Alhamdullillah...boleh saya bantu lebih ramai orang lagi insya allah). Niat bisnes untuk laksanakan tanggungjawab fardhu kifayah membekalkan produk2 halal taybah kepada masyarakat Islam. Dan juga untuk anak2 bongsu saya berniaga ikut sunnah Nabi SAW untuk memenuhi keperluan hidup insya allah


Ok lah panjang dah posting saya kali ni. Dah tengahmalam dah ni. Esok banyak benda nak uruskan insya allah.

Kengkawan tolong doakan semoga Allah beri saya kesihatan yang baik ya? Semoga Allah limpahkan rahmat taufiq dan hidayat untuk kita semua insya allah. Take care uols.



Wednesday 27 January 2016

GATAI TANGAN


Dah lama sangat nak menulis semula kat blog saya ni. Bak kata orang utara..dah gatai tangan sesangat. Malam ni saya gagahkan juga. Sebab menulis adalah sesuatu yang menjadi minat saya dari sekolah rendah lagi. Tulis sajak, tulis pantun, tulis skrip drama (versi budak sekolah rendah lah)....dan bila dah masuk sekolah menengah saya mula berjinak jinak menulis cerpen dan mencuba nasib menghantar cerpen yang bertulis tangan ke suratkhabar tabloid...eh..eh...sekali diterbitkanlah pulak...tak terkata gumbira masa tu....perasan macam nak terkenal lah sesangat. Asbab tu saya pun terpilih jadi editor Ruangan Bahasa Malaysia untuk Majalah Tahunan Sekolah saya. Wahhh!!!! Bertambah perasan lah saya.
Dulu-dulu manalah ada blog dan Facebook macam sekarang ni. Jadi saya tulis apa yang saya nak tulis dlm sebuah buku latihan. Dan bila ada peluang saya pun hantarlah hasil tulisan saya ke mana-mana yang patut. Walaupun tak pernah dapat bayaran apa, tapi bila hasil tulisan saya tu diterbitkan pun saya dah gumbira dan sangat puashati.

Jadi, secara rasminya inilah post permulaan saya bagi tahun 2016 ni ya insya allah. Doakanlah semoga saya dapat istiqamah menulis semula kat blog saya ni...yang penting saya kena sentiasa betulkan niat saya...menulis untuk apa? Tulis untuk jadi popular atau tulis untuk mengingatkan diri sendiri dan sesiapa sahaja yang sudi diingatkan lillahitaala?

Yang baik2 yang and baca dari blog saya ni ambillah jadikan tauladan, mana yang nampak macam tak betul tu silalh jadikan sempadan.

Sunday 24 January 2016

I am back insya allah

Assalamualaikum everybody.

OK..rindu benar saya.....rindu sebab dah lama tak menulis kat blog saya ni. OK. So officially I am back insya allah. Dari masa di sekolah rendah lagi saya memang suka menulis. Sajak, nukilan rasa, pantun skrip drama (versi budak sekolah rendah untuk digunakan dalam drama2 pendek masa dalam Kelas Bahasa Malaysia kat sekolah...yang ni memang saya terror lah masa tu...takada kengkawan sekolah lain boleh tandingi 'kehebatan' saya tulis skrip drama pendek untuk dipentaskan masa tu...konon2nya...hehehe).

Rasa macam banyak benar nak kongsi kat dalam dunia blog saya ni. Hari tu sengaja set setting blog saya supaya tak ada sesiapa boleh baca blog saya lagi. Dilema 'remaja' wargaemas.

Tapi semenjak akhir akhir ni saya terfikir. Apa salahnya saya berkongsi rasa dan cerita saya dengan sesiapa yang sudi untuk membaca blog saya kan? Siapa tahu (Of Coz..Allah Maha Mengetahui apa yang tersirat dalam tersirat dalm jiwa saya ni) kalau2 dengan membaca tulisan dan curahan hati saya dalam blog saya ni, ada yang Allah bagi hidayat untuk menjadi isteri, ibu, nenek, sahabat maupun jadi hamba Allah yang lebih baik...Alhamdullillah..banyak pahala dapat saya kumpul buat bekalan saya kat dunia yang kekal abadi nanti insya allah.

Apapun. Pesanan saya kat sesiapa yang berani membaca blog saya :

Yang baik jadikan tauladan.
Mana yang rasanya macam tak betul dan tak masuk akal tu..engkorang buanglah jejauh dan jangan diajadikan contoh langsung ya?

OK Gotto go. Insya allah saya akan cuba untuk terus menulis (mudah2an Allah beri saya ilham untuk tulis yang baik baik sahaja agar dapat membantu kehidupan orang lain insya allah).

Doakan saya ya? Lillahitaala insya allah.

Sunday 9 March 2014

HENTIKANLAH!

TEKS        : Kasturi Puteh
GAMBAR : Google


MH370. 

Dah 'penat' dengar macam-macam spekulasi yang dibuat oleh pelbagai pihak. Jangan kata pihak media maupun agendi-agensi lain berlumba-lumba untuk memberi 'maklumat' terkini, anak-anak saya yang kat rumah, maupun yang dok jauh pun saling berlumba-lumba mengemaskini maklumat masing-masing kat grup WhatsApp keluarga kami mengenai status terkini MH370. Astaghfirullahalaazim!
Saya menulis entri kali ni, bukanlah dengan tujuan nak menyemarakkan 'kemeriahan' spekulasi yang sudah sedia ada. Saya tak mahu jadi Nujum Pak Belalang sebab saya memang tak tahu menilik langsung...bila disuruh meneka umur orang pun saya selalu kena marah sebab orang muda bila saya teka umurnya,  jadi umur orang tua. Manakala yang 'hampir' tua pula saya teka umurnya sebaya macam umur almarhum moyang saya...Astaghfirullahalaazim! Naya!!!
Seperti semua rakyat Malaysia yang lain , maupun rakyat negara lain seluruh dunia, saya yakin semuanya masih menaruh harapan agar MH730 masih selamat dan akan ditemui secepat mungkin insya allah. Cumanya, apa yang saya nak katakan dalam entri saya ini ialah sikap sesetengah pihak, terutamanya pihak media yang pada pendapat saya tak prihatin dengan kesedihan dan kesengsaraan yang sedang dialami oleh ahli-ahli keluarga penumpang dan kakitangan MH370 yang masih tidak diketahui nasib mereka.
Spekulasi-spekulasi yang dibuat dan ditulis di dalam suratkhabar, di dalam TV, di dalam Facebook, Twitter, WhatsApp dan sebagainya, hanya menambah bebanan  tekanan perasaan yang sudah sedia ada pada ahli-ahli keluarga mereka yang terlibat. Mengetahui yang orang-orang yang mereka sayangi belum tentu lagi nasib mereka, samada masih hidup atau mati, sudah cukup menyedihkan dan membimbangkan mereka, mengapa perlu ditambah lagi?



Lihatlah wajah-wajah mereka ini, bak kata pepatah : berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Biarlah pihak yang berkuasa menjalankan tugasan mereka ikut prosedur yang telah ada, jangan pula kita memberi tekanan dengan membuat spekulasi sendiri dan kemudian menyebarkannya pula di sana sini. Yang 'seronoknya', tiba-tiba ramai pula yang jadi 'PAKAR' dalam pelbagai bidang, bak kata seorang sahabat saya : kat Malaysia ni ada ramai KEYBOARD WARRIORS ber'mazhab SYEIKH GOOGLE'!!! Astaghfirullahalaazim!
Letaklah diri kita di tempat setiap ahli keluarga penumpang-penumpang dan kakitangan MH370, cubalah rasai dan fahami kesedihan dan kerisauan mereka. Sekiranya kita berada di tempat mereka, bagaimana perasaan kita bila membaca semua spekulasi-spekulasi (malah ada juga kata-kata celaan yang ditulis) mengenai orang-orang yang kita sayangi itu? 
 

Dan pada pihak-pihak media, tolonglah prihatin. Jangan hanya kerana ingin mendapatkan cerita dan berita terkini dan sensasi untuk dipaparkan bagi melariskan suratkhabar/TV tempat kalian bekerja, kalian 'batukan' hati dan perasaan kalian. Menyerbu dan memburu ahli keluarga penumpang dan kakitangan MH370 tanpa ada rasa belas kasihan. Astaghfirullahalaazim! HENTIKANLAH!



Ada baiknya kalau kita semua...semua sekali, memohon keampunan dari Allah dan meminta Allah memudahkan segala urusan pencarian MH370 ni insya allah. Allah sahaja yang Maha Mengetahui akan apa yang sebenarnya terjadi, Allah yang telah menghantar ujian ini kepada kita semua, maka pada Allah sahajalah selayaknya kita mohon petunjuk dan penyelesaiannya.
Acap Zahari's photo.


Friday 7 March 2014

REZEKI PAGI JUMAAT, ALHAMDULLILLAH!

TEKS        : Kasturi Puteh
GAMBAR : dari koleksi Kasturi Puteh Google

Alhamdullillah! Alhamdullillah! Alhamdullillah!
Rezeki pagi Jumaat. Rezeki Allah hantar bila kita berbudi dengan tanah (errr...walaupun tanah tu kat dalam pasu jer..hehehe..tanah lah juga kan!)

Pagi-pagi tadi bila saya ziarah kebun kecil sekangkang kera kat depan rumah saya, gembira betul rasanya bila dapat menjamu mata dengan bunga-bunga mawar saya yang sedang mekar berkembangan. Subhanallah! Cantik sungguh 'hadiah' Allah hantar untuk menggembirakan saya pagi-pagi lagi.

Jadi, saya terus gunakan kamera di telefon bimbit saya dan terus...klik! klik! klik! ambil gambar bunga-bunga tu semua. Oleh kerana gembira sangat, saya pun kongsikan gambar-gambar tu dengan kawan-kawan saya dalam satu grup WhatsApp...dengan doa semoga sesiapa yang melihat gambar-gambar bunga yang sedang cantik mekar tu akan berasa gembira juga seperti saya.

Bunga mawar kuning saya...nampak macam putih kan? Kuning yang cantik sebenarnya.
Bunga mawar merah saya. Yang satu tu ni baru mula nak kembang tadi, yang belakang tu dah terlebih kembang dah tu.
Bunga mawar merah jambu saya.
Bunga Japanese Rose saya warna merah jambu berbelang putih.
Bunga Japanese Rose saya warna merah jambu pekat.

Tak lama selepas saya kongsi gambar-gambar bunga-bunga saya ini dalam grup WhatsApp tu, tiba-tiba ramai pula yang bertanya cara untuk menanam dan menjaganya, dan ramai pula yang berminat nak beli benihnya! Allahuakhbar! Rezeki! Rezeki!

Baru saja saya menerima nasihat dari Cikgu Monalita supaya menjadikan blog saya ini satu cara untuk mempromosikan hobi saya yang suka bercucuk tanam kecil-kecilan dari kebun kecil sekangkang kera saya yang terletak di dalam rumah teres di bandar Kuala Lumpur ni, dan hari ni, Allah hantar rezeki melaluinya.

Alhamdullillah!
Jazakumullahu khairan Cikgu Monalita atas dorongan dan kata-kata semangat Cikgu tu. Nanti jangan lupa datang rumah ambil sebakul pokok berdaun hijau yang canti yang dah lama saya berhajat nak hadiah kat Cikgu ya?

Thursday 6 March 2014

DILEMA.

TEKS        : Kasturi Puteh
GAMBAR : Google
Dilema harian seorang surirumahtangga setiap kali masuk dapur dan buka pintu peti sejuk : Apa nak masak hari ni ya?

Menu Cadangan 1 :
Tomyam Daging 
Ayam goreng berempah.

Menu Cadangan 2 :
Ikan cencaru goreng tak buang kulit cecah kicap perah limau kasturi + hiris bawang and cili api.
Sayur campur
Sambal tempe goreng + kentang.


Tolong undi boleh? Hmmm...kalau tak percaya tengoklah nanti, ada saja yang syor menu resipi lain selain dari yang saya dah cadangkan kat atas tu!