Bila jari jemari mulai 'menari'...

Segala yang tersirat di dalam hati, biarlah bertinta di sini.
Yang baik, dijadikan amalan.
Yang buruk, dijadikan sempadan.
Insya Allah.

Tuesday 7 January 2014

AZAM TAHUN BARU.

TEKS        : Kasturi Puteh
GAMBAR : dari koleksi Kasturi Puteh Googl

Sehari dua ni, semangat untuk menulis  berkurangan sedikit. Tapi semangat lain pula yang semakin bersemarak dalam jiwa...semangat untuk bercucuk tanam!

Semenjak beralih tahun, dari 2013 ke 2014, saya sibuk dengan kebun kecil saya yang terletak di bahagian depan rumah saya. Malah semasa menulis entri ini pun, saya masih boleh melihat kebun kecil saya melalui pintu kaca bilik saya ini.
Sebenarnya salah satu azam saya untuk tahun 2014 ialah untuk menjadikan sebahagian dari kebun kecil saya sebagai taman herba (edible garden) dan sebahagian lagi untuk menjadi taman  bunga ros kegemaran saya, insya allah. Semalam, salah satu dari pasu yang saya tanam dengan pokok bunga ros telah mengeluarkan bunga ros merah jambu buat pertama kalinya. Subhanallah! Teruja sungguh rasanya. Memang sangat teruja!
Cuba tengok gambar kat atas tu, inilah gambar bunga ros merah jambu saya yang mekar semalam. Cantik kan? Bila saya tunjuk bunga tersebut kepada Abang Aji pagi tadi selepas kami bersarapan, bukan main lebar senyuman beliau sambil bertasbih, "Subhanallah, Alhamdullillah, Allahuakhbar."
Wah! Apa lagi! Semakin bersemangat lah saya untuk menambah koleksi bunga-bunga ros ke dalam taman ros saya nanti insya allah. 
Saya juga telah mula menanam beberapa pasu pokok-pokok herba dan daun-daun ulam juga pokok-pokok lain untuk diletakkan di dalam taman herba saya. Malah saya sudah pun dapat mengutip hasil dan menggunakannya di dalam minuman dan masakan saya. Contohnya pokok pudina, pokok rosemary, pokok sirih, pokok serai, pokok daun pandan, pokok kunyit, daun kesum, ulam pengaga, pokok cili, pokok limau kasturi dan juga pokok limau purut.
Saya berhasrat untuk menjadikan taman herba saya penuh dengan pelbagai tumbuh-tumbuhan yang boleh digunakan dalam minuman dan masakan seharian, juga sebagai sumber perubatan. Contohnya pokok sirih yang dikatakan berguna untuk menghentikan hidung berdarah juga untuk meredakan demam panas insya allah.
Tambahan pula, dalam keadaan harga barang-barang yang semakin meningkat sekarang, sebagai surirumahtangga, saya perlulah juga prihatin dengan perbelanjaan dapur yang semakin meningkat juga. Jadi, sekiranya saya memerlukan bahan-bahan  untuk memasak seperti kunyit, daun pudina, daun kesum, cili dan lain-lain dan semuanya ada di luar rumah saya sahaja, bukankah saya sudah dapat menjimatkan duit belanja dapur saya? Jadi tak perlulah saya meminta duit belanja dapur yang lebih dari Abang Aji untuk membeli bahan-bahan masakan sebab kebanyakannya sudah ada di dalam taman herba saya ini, insya allah.

Dan pagi tadi, selepas melihat taman herba dan taman ros saya yang semakin subur dan segar bugar, Abang Aji pun berkata kepada saya, "Sayang, hujung minggu ni, kita pergi nurseri pokok-pokok kat Sungai Buloh tu ya? Boleh cari benih untuk pokok ulam raja, pucuk selum, daun salam insya allah. Dan benih bunga ros yang Sayang suka tu. Nanti bila semua ulam-ulam ni dah besar, boleh lah Sayang buat kerabu ulam tiap-tiap hari untuk Abang Aji ya? Masyaallah! Sedapnya!"
Abang Aji...oooo Abang Aji oiii!!! Jangan berangan jauh dulu ya! Benih pokok tu pun kita belum beli lagi.





No comments:

Post a Comment