TEKS : Kasturi Puteh
GAMBAR : Google
TEKS : Kasturi Puteh
GAMBAR : Google
Memandangkan pagi-pagi tadi lagi saya dah cerita pasal makanan, insya allah petang ni saya nak cuba resepi kek ni pula. Saya kongsi resepi yang agak mudah ini di blog saya untuk tatapan semua. Kalau rajin, cubalah, buat menambat 'perut' si dia yang tersayang, insya allah.
RESEPI MOIST CHOCOLATE CAKE
Bahan A ( diayak bersama ) :
280 gram Tepung Gandum
40 gram Serbuk Koko
2 Sudu Teh Serbuk Penaik
1 Sudu Teh soda Bikarbonat
Bahan B :
2 sudu Teh Nescafe ( larutkan dengan 1 sudu teh air panas )
280 gram Marjerin
200 gram Gula Halus
5 biji Telur Ayam
1 sudu teh Esen Vanila
250 gram Coklat Masakan ( dicairkan )
1/4 cawan Air Sejuk ( betul-betul sejuk )
Cara Penyediaannya :
1. Pukul marjerin dan gula hingga kembang.Masukkan telur satu demi satu dan pukul sebati setiap kali telur dimasukkan.
2. Masukkan esen vanila, adunan nescafe serta coklat masakan yang telah dicairkan dan kacau.
3. Masukkan adunan tepung sedikit demi sedikit dan diselang-selikan dengan air sejuk dan dikacau sebati.
4.Masukkan ke dalam acuan kek.bakar dalam ketuhar yang bersuhu 180c selama 1 jam 30 minit.Angkat dari ketuhar dan sejukkan.siap untuk disajikan.
No comments:
Post a Comment