Bila jari jemari mulai 'menari'...

Segala yang tersirat di dalam hati, biarlah bertinta di sini.
Yang baik, dijadikan amalan.
Yang buruk, dijadikan sempadan.
Insya Allah.

Sunday, 8 December 2013

BERTEMU RUAS!

TEKS        : Kasturi Puteh
GAMBAR : Google

Situasi ini sudah terlalu lama saya biarkan. Kepedihannya, kesakitannya, segala kesannya, semua saya tanggung sendirian. Orang lain yang tahu apa yang sedang saya hadapi hanya mampu melihat dan kemudian berkata,"kasihan, berat mata memandang, pasti berat lagi bahu yang memikul."

Ini bukan situasi yang mudah. Dan semenjak akhir-akhir ini, saya rasa saya tidak dapat bertahan lebih lama dan menanggung kesengsaraan akibatnya lagi. Saya perlu mula bertindak, walaupun akibat daripada tindakan saya itu nanti, saya sendiri yang akan merasa kesannya. Ya Allah! Hanya padaMU aku berserah, dan hanya padaMU aku memohon kekuatan.

Jadi, selepas solat Maghrib tadi, saya nekad. Apapun terjadi, saya perlu kuatkan semangat saya dan berdepan dengan situasi ini. Saya yakin saya telah cukup bersedia, zahir dan batin untuk melaksanakannya. 

Anak-anak memandang saya dengan penuh rasa cemas, risau dan khuatir. "Mak, betul mak nak selesaikan malam ini juga? Mak tidak menyesal nanti?" tanya anak perempuan saya yang kedua, sambil sibuk menyusukan anak sulongnya yang baru berusia 35 hari.
"Insya allah. Mak dah sedia. Apapun akibatnya, mak akan hadapi. Mak yakin Allah akan bantu mak dan beri kekuatan pada mak untuk selesaikan hal ini," jawap saya dengan penuh keyakinan kepada soalan anak saya itu.
"Mak, Yaya sokong mak! Yaya kesian tengok mak menanggung penderitaan ini sendirian sekian lama. Insya allah mak! Allah bersama mak." anak dara saya yang bongsu pula memberi kata-kata semangat.
"Insya allah. Jazakumullahu khairan atas sokongan kalian. Mak yakin mak akan dapat selesaikan malam ini juga, insya allah. Apa-apa hal pun, sekiranya terjadi apa-apa pada mak nanti, mak nak kamu semua tahu, yang mak sangat sayangkan kamu semua. Sampaikan salam mak pada adik beradik dan anak menantu juga cucu mak yang lain insya allah." Sempat saya meninggalkan pesan kepada anak-anak yang ada.

Dalam dada, jantung saya berdegup laju. Dup dap dup dap. Saya terus duduk berlunjur. Kaki kiri saya rapatkan ke dada saya. 'Senjatanya' sudah ada di dalam gengaman tangan kanan saya. "Bismillahirrahmannirrahim! Allahuakhbar!" Dan 'senjata' tersebut terus saya tusuk ke sisi ibujari kaki kiri saya!

"Makkkk!!!!" anak-anak saya serentak menjerit. Semua tergamam. 

"Haaaaaa...ambik ni! ambik! Dah lama sangat aku tanggung sakit ni. Sekarang rasakanlah akibatnya!" jeritku sambil mencungkil cengkam yang berada di tepi kuku ibu jari kaki kiriku.

Sekarang baru cengkam kuku kaki kiriku bertemu dengan 'ruas'nya - pisau pencungkil cengkam kuku ketip kuku milikku . Oh wiraku!








No comments:

Post a Comment