TEKS : Kasturi Puteh
GAMBAR : Google
Alahai saudara-saudariku!
Kenapalah kami yang berpurdah ini selalu dijadikan isu?
Yang tak tutup aurat, pakai baju tapi 'telanjang', kenapa kalian tak tegur selalu?
Bila tengok "ketelanjangan" mereka, kenapa kami yang berpurdah pula yang rasa malu?
Mereka lalu lalang depan kami, depan suami dan anak-anak lelaki kami, kami pula yang tersipu-sipu.
Alahai saudara-saudariku!
Orang berpurdah, kalian cakap ketinggalan zaman.
Orang berpurdah, kalian kata jangan dibuat kawan.
Orang berpurdah, kalian tuduh sesat punya amalan.
Orang berpurdah, kalian sindir seolah-olah kami tiada perasaan.
Alahai saudara-saudariku!
Memang kami bukan hamba yang sempurna.
Masih banyak ilmu agama yang wajib kami timba.
Tapi,
Allah berikan kami fikir risau agar aurat kami dijaga.
Allah anugerahkan kami hidayah supaya kekal berpurdah sepanjang masa.
Allah bantu kami menutup aurat kami dari mata-mata durjana.
Allah pelihara kami dari seksa dan azab neraka.
Astargfirullahalaazim.
Wahai ayah!
Wahai suami!
Wahai abang!
Wahai adik lelaki!
Kerana kasih dan cinta sejati.
Kasih dan cinta sejati kami pada kalian mahram kami.
Maka kami menjaga aurat kami dengan sepenuh hati.
Kami berpurdah agar tidak terselak sedikit pun aurat pada lelaki ajnabi.
Kerana kalian bertanggungjawab terhadap kami.
Setiap helai rambut kami, setiap lekuk tubuh kami yang terdedah pada lelaki ajnabi,
kalianlah yang bakal dicampak ke dalam api...api neraka yang panasnya tidak terperi.
Jadi,
di dunia ini, lindungilah kami.
Pertahankanlah kami saat kami dihina, dikeji dan diragui.
Hanya kerana kami berpurdah dan memelihara aurat kami.
* LUAHAN PERASAAN SELEPAS DIPANGGIL 'BURUNG GAGAK' SEMASA MENGHADIRI MAJLIS PERKAHWINAN ANAK KEPADA KAWAN SUAMI.*
No comments:
Post a Comment