TEKS : Kasturi Puteh
GAMBAR : Google
“Perempuan sial! Aku
dah larang kau dari hubungi Min. Kenapa kau buat juga? Macam tu kau kata kau
isteri solehah? Isteri yang taat? Binatang!” Hamdi merentap rambut di belakang kepala Yanti dan menggoncangnya
sekuat hati.
“Abang, sakit bang!
Sakit! Tolong jangan buat Yanti macam ni!” jerit Yanti sambil taangannya cuba
sedaya upaya untuk melepaskan rambutnya dari terus direntap oleh tangan Hamdi.
“Tau sakit kan? Tau
sakit! Kalau tak nak rasa sakit, jangan buat apa yang aku tak bagi buat! Faham tak?” Hamdi terus melepaskan kemarahannya pada Yanti. Dilepaskannya rambut
Yanti yang direntapnya tadi. Gumpalan rambut Yanti melekat di dalam gengaman tangan
Hamdi. Masih tidak puashati dengan merentap rambut Yanti, kali ini tamparan
demi tamparan pula hinggap di muka Yanti.
“Abang! Abang! Sakit
bang! Tolong bang! Jangan buat Yanti macam ni. Ya Allah! Ya Allah!” Rayu Yanti kepada
Hamdi yang sedang menamparnya bertalu-talu seperti orang kehilangan akal. Darah
sudah mula mengalir keluar dari mulut Yanti. Yanti sudah rasa tidak berdaya
lagi untuk melawan kekuatan tenaga seorang lelaki yang bertubuh sasa seperti
Hamdi. Pandangan Yanti semakin kabur. Tubuh Yanti menjadi longlai. Dan
tiba-tiba semuanya menjadi gelap.
*****
“Mak! Mak! Bangun mak!
Mak, ni Ina mak. Mak!” Yanti terdengar suara anak tunggalnya Ina memanggilnya.
Sayup-sayup saja bunyinya. Seolah-olah terngiang-ngiang di pendengaran Yanti.
Perlahan-lahan, Yanti cuba membuka matanya. Terasa amat payah. Sakit. Pedih.
Digagahinya juga. Ingin ditatapnya wajah yang dirinduinya itu.
“Ina…Ina…,”perlahan-lahan
Yanti menyebut nama Ina. Mulutnya terasa bengkak dan tidak dapat dibuka
langsung.
“Mak, Ina ada kat sini
mak. Ina ada kat sini,” Yanti mendengar suara Ina semakin jelas mendekati telinganya.
Yanti dapat merasakan Ina mengucup kepalanya dan kemudian mengusapnya perlahan dengan
jari jemarinya. Menitik airmata Yanti, tersentuh dengan belaian kasihsayang
anaknya itu.
“Mak jangan cakap
apa-apa dulu ya? Mak cedera teruk ni mak. Sampai hati lelaki tu buat macam ni
kat mak. Makin lama makin melampau! Ina benci dia mak! Ina benci dia!” Ina
meluahkan rasa marah dan geram atas perbuatan Hamdi terhadap Yanti.
Yanti tahu Ina marahkan
bapanya itu. Kalau boleh Yanti ingin memeluk Ina dalam dakapannya saat itu
juga. “Tak mengapa Ina. Allah kan ada? Dan Allah dah hantar Ina dalam hidup
mak. Itu dah cukup untuk mak Ina,” Yanti berkata-kata dalam hati, tangannya
menggengam erat jari jemari Yanti. Dan Ina seolah-olah mendengar apa yang
dibisikkan Yanti di dalam hati. “
“Ya mak, Allah kan ada,”
ulang Yanti sambil mengucup tangan Yanti.
*****
“Sayang, jangan risau.
Dia tak kan berani ganggu Min lagi. Abang dah ajar dia cukup-cukup tadi.” Hamdi
memujuk Min, kekasih gelapnya yang sedang menarik muka masam, konon-kononnya
sedih dengan perbuatan Yanti menelefonnya di pejabat pagi tadi.
“Ya lah tu. Abang saja
cakap macam tu untuk pujuk Min kan? Ya lah, siapa lah Min ni. Dia tu isteri
abang, Min ni cuma kekasih abang saja kan?” balas Min untuk menguji perasaan
sebenar Hamdi terhadapnya. Sedar pula yang dirinya itu tiada ikatan yang halal
dengan Hamdi.
“Min, Min..percayalah
Min, sayang abang kat Min tak ada tolok bandingannya dengan perempuan tu. Min
pun tau, abang memang tak ada perasaan
apa-apa kat dia . Min saja yang ada dalam hati abang. Min saja yang faham diri
abang. Abang sayang sangat kat Min. Betul ni Min. Kalau Min tak percaya, ambil
lah kapak, belah lah dada abang ni. Min akan lihat nama Min saja dalam dada
abang ni,” Hamdi meluahkan rasa sayangnya dengan bersungguh-sungguh pada Min.
Min tersenyum manja
memandang kesungguhan Hamdi membuat perakuan sayang padanya. Terasa puas di
dalam hatinya. Mudah saja Min memperdayakan Hamdi dengan mengatakan Yanti yang
menyerangnya melalui telefon pagi tadi. Sedangkan yang sebenarnya, Min lah yang
menelefon Yanti dan memaki hamunnya.
“Padan muka kau Yanti!
Sepatutnya, akulah yang lebih berhak menjadi isteri Hamdi. Bukan perempuan kampung
seperti kau. Lama kami bercinta di universiti, tapi disebabkan mak Hamdi
memilih kau sebagai menantunya, Hamdi akur saja sebab tak mahu melukakan hati
maknya. Kau mungkin boleh memiliki tubuh badan Hamdi, tapi hati dan perasaan
Hamdi, tetap akan jadi milik aku, selamanya!” Min berkata-kata di dalam hati.
Min tersenyum puas.
*****
“Mak, Ina rasa eloklah
mak buat lapuran polis pasal penderaan yang mak alami ni. Tadi masa Ina jumpa doktor
yang merawat mak tu pun, dia cadangkan perkara yang sama. Kali ni lelaki tu dah
melampau mak! Sampai pengsan mak dipukulnya. Mujur ada pak cik Mat Nor dengan
mak cik Normah, jiran sebelah rumah kita datang meleraikan lelaki tu dari terus
memukul mak hari tu. Kalau tak, entah apa dah jadi kat mak. Kalau mak tak nak
buat lapuran polis, biar Ina saja yang buat untuk mak.” Ina berkata kepada
Yanti dengan tegas. Di dalam hatinya, perasaan benci dan dendam kepada Hamdi
semakin membuak-buak.
“Ina, orang yang Ina
panggil lelaki tu, kan ayah kandung Ina?” jawab Yanti mengingatkan anaknya itu.
“Huh! Ayah apa macam tu
mak! Perempuan yang bukan mahram digilai dan dilayan macam permaisuri. Isteri
yang halal diperlakukan lepas tu dibelasah macam hamba abdi. Dan mak masih nak
bela dia lagi? Ina tak boleh terima semua ni mak! Lebih baik Ina tak ada bapa
dari ada bapa macam dia yang berperangai macam binatang!” bentak Ina,
meluahkan rasa marahnya.
“Ina, istighfar banyak
nak. Mak tak didik anak mak untuk jadi begini. Biarkanlah dia. Kita doa
banyak-banyak semoga Allah beri rahmat, taufiq dan hidayat kat ayah Ina tu.
Hati dan perasaan manusia ni, Allah yang pegang. Kita manusia ni tak ada kuasa
nak paksa orang ubah hati dan perasaan dia terhadap kita. Kan ke doa tu senjata
orang mukmin? Kita berdoalah banyak-banyak Ina. Mak yakin, satu hari nanti,
ayah Ina akan berubah, insya allah.” Yanti menasihati Ina dengan lembut. Ina
menggeleng-gelengkan kepalanya perlahan sambil terus memandu kereta membawa
Yanti pulang ke rumah mereka. Masih banyak rasa tidak puashati di dalam hati
Ina.
*****
“Kalau kau tak nak
terima Yanti sebagai isteri, kau jangan panggil aku ibu lagi Hamdi!” jerkah Hajjah
Mariam kepada anak sulongnya itu.
“Apa kurangnya Yanti
tu? Rupa parasnya cantik, bagus agamanya, aleemah lepasan madrasah, pandai
menguruskan rumahtangga, berbudi bahasa, hormat orang tua dan dari keturunan
keluarga baik-baik pula. Nabi suruh pilih salah satu dari 4 syarat
perempuan yang layak dijadikan isteri. Ni kau dapat bakal isteri yang cukup keempat-empat
syarat Hamdi! Apa lagi yang kau nak?” Hajjah Mariam terus ‘menyerang’ Hamdi
dengan soalan yang bertalu-talu. Hamdi diam membisu. Walaupun dalam hatinya
mahu saja dia menjerit dan memberitahu ibunya itu,”Mak! Saya cintakan Min bukan
Yanti! Saya nak kawin dengan Min bukan dengan Yanti!" Tapi disebabkan takut
kepada ibunya, juga bercampur dengan rasa sayang dan taat, maka Hamdi terus
membatukan diri. Tidak berani melawan dan tidak juga menentang kata-kata ibunya
itu.
Malah sehingga saat
diijab kabulkan dengan Yanti pun, Hamdi mengikut saja. Dan bila ibunya
mencadangkan mereka duduk serumah saja dengannya selepas mereka berkahwin,
Hamdi akur juga. Sedikit pun tidak membantah. Sehinggalah ibunya menimang cucu
pertamanya, Ina, Hamdi terus diam tidak berkata apa-apa.
Tetapi, sebaik sahaja
Hajjah Mariam meninggal dunia 3 tahun yang lepas, rumah yang dahulunya menjadi
syurga buat Yanti dan Ina, bertukar menjadi neraka. Hamdi yang selama ini
pendiam bertukar menjadi seorang lelaki yang sangat berbeza perwatakannya. Dan
yang lebih menghancurkan hati Yanti, kaki dan tangan Hamdi sudah semakin kerap
hinggap di tubuh badannya. Hanya kerana seorang kekasih bernama Min.
*****
“Siapkan pakaian aku.
Aku nak ke luar negara seminggu.” Kasar perintah Hamdi kepada Yanti. Yanti
tidak berkata apa pun. Tidak berani sebenarnya. Rasa sakit kerana dipukul Hamdi
masih lagi terasa di mukanya. Yanti terus mengeluarkan beg pakaian yang
sederhana besarnya dari dalam almari.
“Tu nak bawa perempuan
tu samalah kan?” Ina yang tiba-tiba muncul di pintu bilik mak dan ayahnya itu, bertanya
dengan kasar kepada Hamdi.
Yanti memandang Ina,
sambil menggeleng-gelengkan kepalanya, seolah-olah memberikan isyarat supaya
Ina jangan berkata apa-apa lagi.
“Kenapa mak? Kenapa Ina
tak boleh tanya lagi? Mak isteri dia, bukan hamba dia kat dalam rumah ni. Mak
berhak tau dia nak bawa siapa pergi makan angin dengan dia tu!” Ina terus
meluahkan rasa marahnya dengan berani.
“Kau diam! Jangan jadi
anak kurang ajar!” Hamdi bersuara kasar kepada Ina sambil menjengilkan matanya.
Melihat keadaan yang
semakin tegang itu, Yanti cepat-cepat menarik tangan Ina keluar dari bilik itu.
“Ina, sudahlah tu. Ina
sayang mak kan? Ina tak mahu tengok mak susah hati kan? Ina jangan cakap
apa-apa lagi ya nak? Ina pergilah ke dapur tolong mak sediakan makan tengahari
untuk kita ya? Nanti bila mak dah selesai siapkan pakaian ayah, mak akan ke
dapur. Boleh kita masak sama-sama ya nak?” pujuk Yanti sambil menolak badan Ina
perlahan-lahan ke arah dapur mereka. Walaupun kecewa, namun Ina akur dengan
suruhan maknya itu.
*****
“Kau ajar anak kau tu
supaya jangan biadap dengan ayah sendiri! Budak tu jadi macam tu sebab kau tak
tau didik anak! Kau ingat, kau tu aleemah, kau dah pandai semua benda? Sedar
diri kau tu sikit. Bukan aku yang nak kawin dengan kau! Kalau tak sebab paksaan
ibu aku, aku tak ingin nak buat kau jadi bini aku tau tak!” Hamdi terus
mengherdek Yanti dengan kata-kata yang berbisa.
Yanti mengetap bibirnya
kuat-kuat. Yanti tahu sepatah sahaja perkataan yang keluar dari mulutnya, akan
memburukkan lagi keadaan. Yanti tak mahu Ina mendengar maki hamun Hamdi yang
selalu dilontarkan kepadanya. Yanti tidak mahu mengganggu fikiran Ina yang sedang
belajar di tahun akhir di sebuah universiti nun jauh di utara. Sesekali Ina
balik, biarlah segalanya nampak tenang sahaja. Walaupun di dalam hati Yanti
sendiri sentiasa bergelora. Demi Ina,
Yanti sanggup korbankan segalanya. Cukuplah ada Allah yang Maha Mengetahui menjadi tempat
Yanti mencurah rasa. Dan cukuplah Ina menjadi penghibur hatinya yang lara.
Yanti pasrah.
No comments:
Post a Comment