Bila jari jemari mulai 'menari'...

Segala yang tersirat di dalam hati, biarlah bertinta di sini.
Yang baik, dijadikan amalan.
Yang buruk, dijadikan sempadan.
Insya Allah.

Wednesday 18 December 2013

DUIT BELI BAWANG!

TEKS        : Kasturi Puteh
GAMBAR : Google

Bila saya 'post' di dinding Facebook (FB) saya mengenai satu peluang perniagaan, tiba-tiba bertalu-talu kawan-kawan FB menghantar 'Personal Message' (PM) kepada saya.

"Kak, ada masalah  kah? Sampai dah mula berniaga 'online' pula ni?" tanya salah seorang adik angkat FB saya.
"KP ( singkatan nama FB saya Kasturi Puteh), semua OK?" tanya seorang kenalan pula.
"Mak! Mak perlu duit kah? Kalau ada masalah dan mak perlu duit, beritahulah. Jangan simpan sendiri masalah mak. Ni sampai nak berniaga 'online' pula ni, kenapa mak?" anak saya pun turut menghantar PM ke FB saya.

Astaghfirullahalaazim. Kenapa pula bila saya nak belajar-belajar berniaga 'online' boleh jadi isu yang besar dan menimbulkan kerisauan banyak pihak ni? Salah kah kalau saya nak menceburkan diri dalam bidang perniagaan 'online' seperti ini? 

Saya suka dan gembira melihat anak-anak muda yang bersemangat mempromosikan perniagaan 'online' mereka melalui FB. Dan kebanyakan mereka melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Malah ada yang saya kenal, masih berstatus pelajar, tapi sudah berjaya mengumpul pendapatan bulanan melebihi orang yang bekerja makan gaji! Masyaallah! Hebat kan?

Malah, ada kalanya, saya sendiri 'tergoda' untuk membeli barangan yang dijual secara 'online' ini. Dalam ramai-ramai yang berniaga secara 'online' ini, memang ada juga seorang dua yang tidak amanah dan menjual barangan  tidak seperti yang mereka iklankan. Tapi kebanyakannya adalah peniaga-peniaga yang jujur, alhamdullillah.

Perniagaan 'online' yang saya baru ingin ceburi ini menarik minat saya kerana ianya mudah...sangat sangat mudah insya allah. Bakal-bakal pelanggan pun memang sudah sedia ada, tidak perlu bersusahpayah nak dicari. Asalkan mereka menggunakan 'handphone', mereka berpotensi untuk menjadi pelanggan saya. Dan saya tidak perlu untuk keluar dari 'sarang' saya di rumah untuk berjumpa pelanggan, atau membuat panggilan telefon untuk memasarkan produk yang saya niagakan. Malah saya hanya perlu mengeluarkan modal sebanyak RM53.90 sahaja untuk membolehkan saya memulakan perniagaan 'online' saya ini. Selepas itu, saya hanya 'post' berkenaan produk tersebut di FB saya dan andaikata ada yang berminat, mereka hanya perlu PM saya di FB sahaja. Yang lain, akan diuruskan oleh 'upline' saya. Mudahkan?


Jangan salah faham ya, saya ingin menceburi perniagaan 'online' ini bukan dengan niat nak jadi kaya raya (tapi kalau Allah sudah tentukan kekayaan untuk saya melalui perniagaan 'online' ini, saya terima dengan redha. Siapalah saya untuk mengingkariNYA kan?), Tapi pada pendapat saya, memandangkan saya seorang pengguna 'tegar' FB, daripada saya merenung FB setiap hari tanpa mendapat pulangan (kecuali, insya allah, 'ganjaran' dari Allah sekiranya 'dakwah' saya melalui FB memberi manafaat kepada rakan-rakan FB saya), maka apalah salahnya sambil-sambil tu, saya mempromosikan perniagaan 'online' yang baru saya ceburi ini. Kalau tak dapat pulangan yang lumayan pun, dapat pendapatan RM30/- seminggu pun jadilah, alhamdullillah. Lepas juga duit belanja pasar saya untuk beli bawang merah, bawang putih, cili kering dan kentang insya allah!

Errr...kalau ada yang nak tahu lebih lanjut mengenai perniagaan 'online' baru saya ini, silalah hantar PM di FB saya! Hehehe...sempat lagi promosi tu!







No comments:

Post a Comment