Bila jari jemari mulai 'menari'...

Segala yang tersirat di dalam hati, biarlah bertinta di sini.
Yang baik, dijadikan amalan.
Yang buruk, dijadikan sempadan.
Insya Allah.

Thursday 19 December 2013

KENAPA SELALU TAK DENGAR CAKAP MAK?

TEKS        : Kasturi Puteh
GAMBAR : Google

Kenapa selalu tak dengar cakap mak?
Memang mak bila mula bercakap susah nak berhenti.
Anak-anak buat-buat dengar tapi sebenarnya masuk telinga kanan keluar ikut telinga kiri.
Sepatah pun tak lekat di dalam hati.
Esok-esok bila mak dah mati baru anak-anak nak menyesal diri?

Kenapa selalu tak dengar cakap mak?
Mak marah-marah bukan sebab mak benci.
Memang kadang-kadang kata-kata mak tu bukan main 'bisa' lagi.
Sampai anak-anak rasa nak angkat kaki dan cabut lari.
Dari dengar mak berleter malam petang dan pagi.
Esok-esok bila mak dah 'pergi' baru anak-anak nak tercari cari?

Kenapa selalu tak dengar cakap mak?
Kalau dengan kawan-kawan boleh sahaja anak-anak berkomunikasi.
Bersembang kat telefon , ber'WhatsApp', 'WeChat' sampai pukul 3,4 pagi.
Dengan kawan-kawan anak-anak boleh tahan mata tadah telinga dengan rela hati.
Tapi duduk lima minit dengan mak pun anak-anak dah berkerut -kerut dahi?
Esok-esok bila mak dah tiada lagi, baru anak-anak nak rasa rugi?

Kenapa selalu tak dengar cakap mak?
Bila mak buat-buat tak dengar bila anak-anak bercakap,pandai pula anak-anak kecik hati,
Habis tu, macamana pula mak rasa bila cakap cakap mak anak-anak selalu buat tak reti?
Apa? Anak-anak dah tak ingat pesan dalam hadis Nabi?
Jangan sesekali buat mak tu terasa hati.
Sebab kalau mak tak redha kat anak-anak, anak-anak tak kan dapat redha Illahi!
Kan dah disebut berkali kali," Pintu syurga ada dibawah telapak kaki...."
Telapak kaki siapa? 
Telapak kaki mak anak-anaklah, telapak kaki siapa lagi!
Esok-esok bila mak sudah tiada lagi, baru anak-anak nak melutut minta diampuni?


Dengarlah cakap mak anak-anak selalu.
Lama mana lagi mak akan hidup anak-anak pun tak tahu.
Atau entah-entah anak-anak yang kena "panggil" dulu.
Hargailah mak anak-anak sementara masih ada waktu.
Tiada mak yang nak anaknya jadi 'hantu'.
Hidup tak tentu arah tiada hala tuju.

Kasih mak kat anak-anak setiap masa, tak kira waktu.
Walaupun perasaan mak tersinggung, terluka dengan perangai dan kata-kata anak-anak selalu.
Mak akan tepikan rasa kecewa dan pilu.
Semata-mata kerana kasihkan anak-anak yang tak sedar diuntung tu.

Ingatlah,
Kuat membebel macamana sekali pun mak anak-anak tu.
Mak yang melahirkan anak-anak, itulah satu!
Kat pasar malam, pasaraya, hypermarket semua benda anak-anak boleh cari dan beli kat situ.
Tapi mak...memang tiada galang gantinya, tak boleh dibeli kat mana-mana, sekalipun duit anak-anak jutaan ribu.

Jadi, sebelum mak anak-anak "berpindah" ke "rumah" bernisan batu.
Tolong dengar cakap mak, ikut cakap mak anak-anak tu. Buatlah apa saja yang mak anak-anak mahu.
Walaupun banyak masa anak-anak tak setuju.
Sebab, mak anak-anak, itulah satu.

No comments:

Post a Comment