Bila jari jemari mulai 'menari'...

Segala yang tersirat di dalam hati, biarlah bertinta di sini.
Yang baik, dijadikan amalan.
Yang buruk, dijadikan sempadan.
Insya Allah.

Sunday 8 December 2013

NASI GORENG IKAN MASIN

TEKS        : Kasturi Puteh
GAMBAR : Google

Sambil menaip catatan ini, saya selang-selikan dengan menyuap nasi goreng ikan masin yang telah dibeli oleh anak lelaki saya di sebuah restoran berdekatan dengan rumah kami. Sedap, alhamdullillah. 
Nasi Goreng ikan Masin.
Tiba-tiba, sesuatu terlintas difikiran saya! Inilah salah satu sebab saya menjadi 'montel'! Bila saya runsing atau ada masalah, selera makan saya akan bertambah! Astaghfirullahalaazim.

Runsing? Masalah? Saya pun manusia biasa juga. Allah hantar masalah sebagai ujian kepada saya hambaNYA yang banyak berdosa ini sebagai peringatan. Kalau hidup saya sentiasa senang sahaja, tanpa ujian apa-apa, mungkin saya akan lupa dan jauh dari mengingati Allah. Salah satu tanda Allah sayangkan saya ialah bila Allah uji saya dengan masalah. Itu juga tanda Allah 'rindu'kan saya. 'Rindu' kepada rayuan dan rintihan saya untuk berdoa memohon bantuan daripadaNYA.

Jadi, sekiranya kawan-kawan lihat saya kehilangan berat badan, itu tandanya saya gembira dan tiada yang merunsingkan fikiran saya. Tapi jika berlaku sebaliknya, yakni kawan-kawan lihat saya semakin bertambah 'montel', itu maknanya saya telah makan nasi goreng ikan masin sepinggan besar untuk menghilangkan kerunsingan ataupun melupakan masalah saya!

Nota tambahan : Tidak, rumah saya tidak ditenggelami air banjir. Jadi kerisauan saya bukan sebab banjir.
GAMBAR HIASAN SAJA.

No comments:

Post a Comment